Nabi s.a.w pernah bertanya para sahabat baginda : “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim)

Sunday, August 26, 2012

Cerita kampung

Cerita kampung tidak pernah sudah sejak dari 2010 hingga ke hari semalam, hari saya bertolak dari sana ke mari. Malah bukan dari jarak waktu itu juga,  sejak 30 tahun yang lalu mungkin. Itulah ceritanya, kerana sejak dari kecil saya membesar di sana isu air tidak pernah sudah di ratib oleh sang penduduk di sana. Betapa ratipan itu penuh dengan kerisuan mahupun penuh dengan ketidakpuasanhati. Risau air tak naik dan tak puashati dengan air "dok cukup nok basuh berok"
Sehari sebelum saya ke mari, saya sekali lagi mengadap orang  Jabatan Kesihatan Kuala Krai, bertanya bila mahu di selesaikan segera pembinaan telaga tiub bawah tanah untuk segelintir penduduk dia Blok Pangkal Kalong, Peria yang tersepit untuk mendapatkan bekalan air bersih.
Percayalah tuan-tuan sesungguhnya saya malu dan besar sungguh malu itu dengan isu ini, disebuah negeri yang banyaknya punca air namun isu ini tidak pernah sudah untuk di ratib. Dia negeri yang semangat kepuakan dan kecaknakan yang tinggi namun tiada sepakatan untuk menyelesaikan isu ini secara anak beranak. Saya kira negeri ini ketandusan kepimpinnan yang berfikir tentang permasalahan ummah, yang ada hanya pemimpin yang memikirkan perut serta bawah perut sendiri.
Saya menjerit sendirian bertanya mana sang pemimpin ? saya mula menyelidiki wibawa pemimpin di sana dari sudut latar belakang pengajian dan keaktivismenya sehingga lah di angkat menjadi pemimpin. Zero! Maka saya bertanya apa jenis pemimpin yang lahir di sana?
Saya yakin bahawa pemimpin harus di angkat dari keaktivisme bukan dari penyokong totok yang kerjanya hanya mengekor apa yang orang lain buat.  Hari ini rata-rata pemimpin di angkat dari penyokong yang mengekor,  itulah sebab yang menjadikan semua isu tidak mampu di angkat dan di selesaikan secara tuntas dan berwibawa oleh mereka yang bergelar pemimpin. Maka impak yang buruk di hala kepada kepimpinan negeri dan Tok Guru, sedangkan kepimpinan bawahan yang teruk dan tidak mampu berperanan sebaiknya di sebabkan oleh kualiti kepimpinan yang ada.
Saya kembali ke Kuala Lumpur ...Salam Aidilfitri.


Ampang, 10.54pm

No comments: