Sunday, February 27, 2011

Demostrasi Mahasiswa

Sehari dua ini saya memerhati dari dada media, satu laporan tentang keaktivisme mahasiswa. Mahsiswa merusuh! Di depan pejabat pentadbiran sebuah universiti.

Dalam kejadian itu, sekumpulan 200 pelajar Pro-Mahasiswa (Pro-M) bertindak mengadakan demonstrasi hampir 17 jam bagi memprotes tindakan HEP UPM yang telah menarik balik kemenangan 11 calon Pro-M dalam pilihan raya kampus universiti berkenaan. (http://www.malaysiakini.com/news/156998)

Saya menulis satu ulasan pada Facebook seorang kawan; “Mungkinkah ini nilai demokrasi pada mereka yang menganggap mereka tidak di layan secara demokrasi? mahal benar nilai demokrasi ini, dengan darah dan perjuangan yang getir begitu...”

Seramai 200 orang terlibat seperti dilaporkan, satu angka yang amat membanggakan saya kira. ia satu bilangan yang amat membanggakan dalam membicarakan tentang kebangkitan semula kumpulan Pro Mahasiswa ini jika separuh darinya benar-benar pejuang tegar dari kampus tersebut.

Namun saya agak malu bilamana mengetahui alasan tentang pembatalan kemenangan pro mahasiswa ini hanya kerana mereka berkempen secara berkumpulan. Ya, larangan berkempen secara berkumpulan ini telah lama di war-warkan dan seiringan dengan kewujudan Pro-aspirasi yang di wujudkan untuk memcabar kumpulan Jemaah Islam Kampus yang di pelopori oleh golongan Mahasiswa Islam sebelum nama baru, pro-mahasiswa di perkenalkan.

Seperti kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ia adalah satu tindakan yang tidak adil kerana yang membantah kemenangan ini juga di ketahui umum dari satu kumpulan juga, pro-aspirasi yang juga berkempen secara berkumpulan.

Mengapa dari universiti dididik sebegini rupa anak muda ini?

Ia bukan mengajar mahasiswa ke depan dalam berpolitik, saya kira universiti ini masih takut pada bayangan tersendiri dalam berdepan dengan wacana politik mahasiswa mereka sendiri.

Sungguhpun pro-aspirasi di katakan jelmaaan dan perancangan serta dilatih sendiri oleh HEP namun ia tidak mampu menandingi modus operandi pro-mahasiswa dan sehingga kini masih lagi tidak punya kekuatan ampuh bila berdepan secara ‘jantan’ tanpa dokongan pihak pentadbiran.

Di mana silap? Selama hampir 11 tahun mencuba kini saya sifatkan ia sebagai kebangkitan semula pro-mahasiswa setelah melalui zaman mengecut dan zaman mutasi selama tempoh tersebut dengan penguasaan di hampir semua kampus utama seperti UM, UKM, UPSI, UMS serta beberapa lagi kampus lain.

Salam perjuangan..



gombak Ahad 27.2.2011 7.47am

0 ulasan, lagi!: