11:32 PM | Author: zarul20
Sebetulnya saya tumpul idea, dari malam tadi saya cuba menulis namun tersangkut-sangkut akhirnya terlelap, tersangkut. Malam ini saya cuba untuk menyambung kembali, sepatah demi sepatah kata. Saya tekan huruf-huruf namun kadangkala tidak tahu mana satu huruf yang bisa di gabung untuk membentuk kata yang bermakna. Waduh….

Zulkibri yang diam di tempat jin bertelur di Dabong Kelantan kembali memprovokatif tentang alam kampus yang jauh saya tinggalkan., juga lama ia berlalu, yang ada hanya memori segar di kala memburu sebuah impian.

Kemana hala tuju alumni? Apa objektif dan peranan? Antara persoalan yang diangkat untuk di minta pandangan. Saya kira letih juga untuk menjawabnya, memandangkan ia masih lagi berkisar tentang kampus.

Saya katakana alumni ini sekadar satu jaringan social antara sekelompok orang yang merasakan kesamaan dari beberapa sudut yang pernah berkongsi tempat dan ruang sewaktu dulu, kampus.

Ini difinisi saya, jangan cari di dalam mana-mana kamus kerana kamus yang mendifinisi ini belum lagi di jual di pasaran terbuka di dalam system kapitalis. Sistem yang mengorban banyak nilai untuk mengejar untung.

Nepotisme juga lahir dari sistem kapitalis, kronisme juga berlegar di dalam sistem tersebut. Rasuah juga begitu. Namun rasuah punya sejarah panjang, system lain juga saya kira tidak terkecuali. Apakan daya kita kerdil di padang raksasa.


Memerhati gelora dari bumi Kelantan, sayu juga terasa bila Tok Guru titiskan air mata. Terasa juga marah pada ‘Quraisy’ Malaysia. Saya harap Quraisy ini tidak sama dengan badwi. Saya juga tidak tahu sama ada Quraisy ataupun badwi punyai rambut tebal atau tidak.

Drama dengan saban hari babak demi babak baru di pentaskan, senang sekali menontonnya. Suspen!

Berbagai teori boleh di cipta untuk membaca jalan cerita ini. Namun saya kira biarlah pembacaan bersandarkan teori itu di serahkan pada orang lain. Saya hanya berteori di dalam hati, membaca melalui ‘firsat’ yang pasti bukan firasat.

Dari awal lagi saya ‘berfirsat’, kroni dan nipotisme juga punya wibawa tersendiri. Dari itu saya juga selalu mengingati untuk menjaga diri dan ahli keluarga dari api neraka, dek kerana firman tuhan, dalam satu surah yang tercatat didalam kitab suci, menyebut akan pentingkan menjaga diri dan ahli keluarga dari api neraka. Apakah ia juga membawa erti diri dan ahli keluarga harus di utamakan, nepotisme?

Saya kejahilan menafsir, namun punya semangat untuk memahmi dan bertanya kalian yang arif wa bijaksana.

Saya tidak pernah terfikir Tok Guru mengamalkan nepotisme, namun tindakan melantik menantunya menjadi CEO sebuah syarikat GLC membuka pepsepsi kearah itu. Saya kini tidak punya kudrat yang besar untuk terus meneliti semua ini dari segenap sudut. Deria khayalan politik saya seperti semakin tumpul, untuk di asah ia pula seperti sukar, dek kerana masa dan keadaan tidak lagi mengizinkan untuk berkhayal lebih ke dalam dunia itu kini.

Ahh!

Alumni di mana perananya? Hala tuju dan apa kejadah semua ini? Saya tidak focus pada alumni universiti, tetapi alumni selain dari itu yang di bentuk atas rasa kebersamaan dan persamaan sewaktu di kampus. Ia berlegar tentang aktivis kampus yang membentuk alumni sesudah graduat.

Seingat saya di akhir tahun ketiga, satu program penayutuan dan satu kem akhir di rangka dan di laksana dengan jayanya. Di dalam belantara kami ‘di baptis’ peringkat akhir dengan kem ala komando, menaiki jeep landrover di ‘seludup’ di tengah hutan. Tersenyum sendirian mengingatinya. Akhirnya terbentuk resolusi tahun akhir dan baiah tahun akhir.

Sesudahnya terbentuklah sebuah alumni pejuang-pejuang.

“Berjuang menempa susah,
Menanggung derita menahan fitnah
Itulah gelora hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid,

Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah
Dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita
Membara demi tuhan dan rasulnya.

Berjuang tak pernah senang
Ombak deria henti
Tenang tegang silih berganti
Inilah dia sunnah berjuang…….”


Antara lagu yang membakar semangat dan yang pernah menitiskan air mata saya di satu ketika dulu. Sehingga kini ia masih lagi menjadi azimat, penguat semangat untuk berjuang di apa jua lapangan. Ia bagi saya lagu yang tidak memberi makna pada kegagalan, ia sentiasa memberi inspirasi dan sentiasa menjadikan saya terus optimistik dan positif.

Terbentuknya alumni antara pejuang-pejuang ini, ia terbentuk dengan semangat dan terbiyah politik. Corak pergerakan dan sudut pandang terarah pada politik semata-mata sehingga sudut dan ruang yang lain tidak nampak dan seperti tidak relevan untuk di bicarakan dan didiskusi.

Hanya politik, sehingga kedangkala mempolitik sesama sendiri untuk melompat di kalangan sendiri. Kadangkala ia di tontong seperti kera melompat kelungan api di dalam kandang serkas. Saya segan untuk menulis soal dalaman ini namun saya kecewa dengan apa yang saya tontong. Kenapa adik-adik di ajar sebegitu rupa oleh orang yang di kira ‘super senior’.

Alumni pada saya harus keluar dari lingkungan ini, harus cipta jaringan ini bukan sekadar untuk mengimbau memeori silam atau sekadar untuk berlegar di dunia kampus selapas bertahun memasuki alam dewasa. Tinggalkan sahaja dunia kampus dan kemahasiswaan, buat adik-adik biarkan sahaja untuk meraka belajar jatuh bangun sendiri. Sekadar melontar singungan tajam untuk mereka berfikir itu pada biasa saya dan itu yang saya lakukan setahun dua lalu. Namun lebih dari itu saya kira lebih membodohkan mereka.

Belajar melalui pengalaman lebih berharga dari tunjuk ajar orang lain. Pada saya buat dulu baru di tanya betul atau salah adalah lambang keberanian yang nyata. Juga melakukan kesalahan ketika kejahilan tidak berdosa.

Pada saya alumni bukan sekadar tempat bersembang soal-soal kampus dan sekitarnya, atau sekadar servivor didalam dunia politik semata-mata. Alumni harus dibuka perdebatan dan ruang diskusi untuk menyuntik agenda-agenda lain selain dari itu.. Malah bukan hanya perdebatan dan diskusi sahaja tetapi tindakan yang jauh berasaskan ‘ukhwah fillah’ yang kita tarbiyahkan.

Saya katakana pada zulkibri dan semua sahabat andai membaca laman ini bahawa sistem pengurusan organisasi yang selama ini kita pakai secara pyramid dan terlalu formaliti juga boleh di kaji dan di bentuk cara lain yang tidak banyak kerenahnya. Kerana antara kita saya percaya punya idea dan pembawaan yang pelbagai, ia akan gagal dan sentiasa gagal seperti yang kita lihat kini jika terus di bentuk begini.

Juga kenapa kita terlalu rigid dan masih terikat dengan kaedah serta rukun-rukun politik kampus lagi? Sedang kini bukan lagi itu yang kita hadapkan. Kita menghadap perjuangan yang jauh, lebih kelam-kabut, lebih mencabar dan lebih gila. Kadangkala prinsip kita di cabar dan di robek-robek tanpa segan. Pada saya sudah-sudahlah kita terikat dengan rentak perjuangan kampus yang banyak pantang dari langkahnya. Sedang ia kadangkala mengada-ngada.

Aduhh…

Salam malam jumaat….



Kajang, 19 Nov 2009, 11.32pm
Category: | Leave a comment
10:39 PM | Author: zarul20
Pagi tadi saya agak tertarik dan terkejut, saya capai satu artikel yang’ membedal’ seorang Profesor di UKM, gedung ilmu. Dan saya petik untuk di abadikan di laman saya ini.

Saya terkejut dek kerana pelajarnya sendiri menulis artikel yang jelas menghuraikan kebodohan ‘tok guru’nya sendiri. Maka terdetik pada saya, apa nak jadi semua ini? Juga saya telah cuba membuang ‘kenegatifan’ fikiran saya terhadap mahasiswa yang dulu-dulu saya iktiraf mereka setaraf kanak-kanak yang berair-hingus hidungnya. Pagi tadi sesudah subuh saya angkat tangan kanan dan di letakan ke sisi kanan kepala saya. Tabik!

Saya kenal ‘laras bahasa’ tersebut, rupanya dalam diam kumpulan kritikal ini berkembang maju. Tahniah intelektual-intelektual rakyat juga buat sifu. Nyata gerakan intelektual ini sentiasa bernafas dengan segar. Saya terasa kerinduaannya namun terubat dengan alam maya yang sering digugah oleh pemain-pemain dunia intelektual ini dengan ulasan terhadap isu yang lebih tajam dan lebih jauh kehadapan.

Saya khayalkan aktivis kampus jemaah Islam kampus yang masih bergelut di dalam kampus mahupun yang telah keluar dari pintu pagar kampus juga menemui butir-butir segar dunia intelektual ini secara terbuka.

Sebulan dua lalu saya menghadap bekas aktivis kampus yang telah pun melepasi pintu pagar kampus berbicara dunia politik oposisi juga sevivol masing-masing. Saya terkelu dan terkedu bila dikatakan golongan yang bermain dengan akal ini hanya bijak disini tidak bijak akhiratnya. Dan mereka bijak akhirat walaupun tidak di sini. Apakah ini kepungan minda atau kebodoahan yang azali?

Saya menerima jemputan kembali ‘kepermainan’ kampus dengan muktamar alumni Disember nanti. Tentunya beramah mesra menjadi agenda, namun email-email yang di ‘forward’ menampakkan sepak terajang dalaman tidak pernah sudah, saya pening.

Beginikah wajah manusia yang menerima tarbiyah agung bertindak dan bermain di kalangan sendiri, nyata ia seperti gila kuasa yang tidak ada faedahnya. Kalau kuasa itu membawa gelar perdana menteri saya faham namun sekadar mendapat ‘respectation’ dari adik-adik yang baru belajar dan baru ingin belajar dunia politik kampus saya kira tidak berbaloi.

Keegoan dan terasa diri yang terlalu bagus di kalangan sendiri namun sekadar bermain dan menunjuk taring dalam lubuk yang sama saya kira tidak perlu di hormati sangat. Cubalah bermain di lapangan yang lebih besar kalau benar diri terasa gah.

Aduh, sebenarnya ketika ini saya sedang melayan kepenatan. Bila membaca email-email dari Zulkibri yang menggambarkan gelora di kalangan sahabat terasa emosi juga sendat. Kenapa kita masih lagi tidak sedar diri? Sikap tidak menghormati sahabat-sahabat sendiri dan terasa diri terlalu bagus menggambarkan ukhwah dan terbiyah kampus yang pincang sebenarnya.

Aah! Mungkin terkenangkan juga libasan serkas minggu lalu yang hampir menyungkurkan diri ini menjadikan tulisan malam ini masih lagi sendat emosi. Namun sanggulan ‘big bos’ penuh hikmah yang memantapkan lagi langkah dan tapak untuk membuka kunta kunte baru penuh seni. Terima kasih tidak terhingga.




kajang 09 Nov 09, 10.40pm
Category: | Leave a comment
6:36 AM | Author: zarul20

Profesor UKM tidak bermutu

oleh: Tukang Tonyoh

Semalam saya telah menghadiri Ceramah “30 Tahun Revolusi Islam Iran: Mengilhamkan Harapan, Gagal Mencipta Masa Depan.” Ceramah tersebut disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Kamaruzzaman Yusoff di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi. Beliau juga merupakan Pensyarah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Manakala kepakaran yang didakwa oleh beliau ialah dalam Asia Barat Moden (sudah tentu termasuk Iran!) serta Sejarah dan Peradaban Islam.

Tajuk ceramah yang dikemukakannya memang sangat menarik, biarpun hampir setengah jam yang pertama masa telah dihabiskan untuk menonton video klip al-Jazeera. Di samping itu, beliau turut menerangkan latar negara Iran dengan menggunakan sumber-sumber internet, termasuklah sumber Wikipedia. Lebih mencengangkan, tajuk yang dikemukakannya jelas mengambarkan betapa Revolusi Irantelah gagal. Namun, dalam waktu yang sama, beliau tidaklah menafikan ada sisi-sisi yang lain pada revolusi tersebut yang mengilhamkan harapan.

Harapan tersebut beliau sandarkan kepada kejayaan Revolusi Iran yang memberi inspirasi kepada gerakan-gerakan Islam di banyak tempat di dunia. Walau bagaimanapun, beliau mengakhiri ceramahnya dengan membuat kesimpulan, bahawa Revolusi Iran memang gagal mencipta masa depan!

Hujah-hujah beliau ialah, pertama, dari pertemuan beliau dengan pelajar-pelajar Iran di Malaysia, beliau melihat pelajar-pelajar tersebut tidak senang dengan dasar-dasar Iran. Selain daripada itu, beliau turut menyaksikan kebebasan wanita Iran amat tersekat. Sambil menayangkan buku Lolita in Tehran, beliau menyatakan buku tersebut terang menceritakan betapa tersekatnya wanita Iran.

Sebenarnya, kesemua hujah-hujahnya itu amatlah memalukan! Sebagai seorang professor, beliau tidak sepatutnya menggunakan sumber-sumber kedua atau ketiga dalam menganalisa 30 tahun Revolusi Iran. Bagi melayakkannya untuk bercakap tentang Iran, beliau sepatutnya menganalisa hujah-hujah daripada buku-buku yang lebih khusus tentang iran. Ini termasuklah buku-buku Fouad Ajami, Vali Nasr, Hamid Dabashi, Abdol Karim Sorouh, Hamid Algar, dll. Tetapi, beliau hanya menggunakan hujah-hujah dari Wikipedia, internet, dan novel. Apatah ini mutu seorang profesor UKM?

Kedua, kita tidaklah mengharapkan beliau mengemukakan suatu analisa yang asli, walaupun itu yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang yang bertaraf professor! Tapi, kalau analisa-analisa pemikir terkenal dalam bidang Iran pun tidak dapat diulasnya, maka apa kredibilitinya untuk bercakap soal kegagalan Iran selama 30 tahun? Apakah beliau layak bercakap soal Iran hanya semata kerana telah bertemu dengan pelajar-pelajar Iran di Malaysia, dan hanya semata kerana telah pergi ke Iran beberapa kali? Soalnya, apakah beliau telah menulis sebuah jurnal tentang Iran di peringkat antarabangsa? Kalau belum, lebih baik diam dan pergi belajar lagi!

Ketiga, analisa-analisa yang sepatutnya beliau lakukan ialah mengupas persoalan-persoalan yang mendasar. Ini termasuklah soal ekonomi, sosial dan politik. Beliau sekadar menyentuh sedikit soal sosial menerusi kebebasan wanita. Tapi itupun tidak memadai. Beliau hanya bercakap dari suara Azar Nafisi, pengarang Lolita in Tehran, tapi tidak bercakap dari suara yang bertentangan dengan Azar Nafisi. Mengapa beliau tidak mematahkan hujah-hujah dari pendekar agamawan Iran tentang wanita? Mengapa tidak patahkan hujah-hujah Murtadha Muthahhari dalam buku Hijab, The Rights of Women in Islam atau hujah-hujah Ali Shariati dalam Fatima is Fatima, atau hujah-hujah Javad Amuli dalam Woman, Mirror of God’s Jamal and Jalal?

Bahkan, kegagalan Iran untuk membangunkan ekonomi yang mampan juga seharusnya diulasnya dengan lebih mendalam. Tapi, itu tidak dilakukan, meskipun sudah 30 tahun Iran berseorangan menghadapi sekatan ekonomi dari barat! Begitu juga dengan perkembangan politik Iran, perlawanan antara konservatisme lawan reformisme. Itu pun tidak diulasnya dengan terperinci. Sebagai seorang ahli akademik, beliau sepatutnya menunjukkan bagaimana sikap politik rakyat Iran dan arah-arah kecenderungannya! Apa kesan dari kehadiran Khatami ke pentas politik semula? Tapi, sayangnya, semua persoalan-persoalan itu gagal disentuhnya!

Kelima, beliau telah menyimpulkan tentang kegagalan revolusi Iran. Pada beliau, Iran telah gagal mencipta masa depan. Soalnya, bagaimana beliau boleh berkata bahawa masa depan Iran gagal? Apa piawainya? Apakah beliau sudah tahu masa depan Iran? Malahan, kesimpulan beliau ini juga bercanggah dengan beberapa kejayaan yang ditunjukkan oleh Iran dalam sains dan teknologi. Iran hari ini, percaya atau tidak, sudah lebih maju dari Malaysia dari sudut sains dan teknologi. Itu semua Iran dapat capai tanpa melalui PPSMI, dan tanpa di mana pensyarah mereka ada piawai KPI, dan tanpa perlu disekat kebebasan mahasiswanya untuk berbicara! Jadi, di mana gagalnya masa depan Iran? Adakah kita mahu kata Iran gagal dengan membawa hujah-hujah Wikipedia lagi?

Jadi, saya melihat, kalau beginilah mutu para professor kita, maka eloklah mereka membuat ulangkaji pelajaran. Ilmu mereka tak sampai. Barangkali UKM sepatutnya menghantar para professor seperti ini sekali lagi untuk membuat PhD. Untuk Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusoff, kalau boleh, buatlah PhD di Universiti Tehran, dan terus menguasai Bahasa Farsi dengan fasehnya, serta pulang untuk menyampaikan semula ceramah, “30 Tahun Revolusi Islam Iran: Mengilhamkan Harapan, Gagal Mencipta Masa Depan.” Sebab, nampaknya satu PhD–misalnya dari University of Edinburgh, UK–saja tidak cukup untuk memandaikan para professor-profesor kita!


Saya mengira tulisan ini adalah tulisan yang mencabar saya, yang hanya melihat mahasiswa sebagai budak 'hidung berair'. Rupanya kini meraka bangun menyatakan kesilapan hujah saya. Saya tertarik dengan http://diskopi.wordpress.com.



kajang, 9. Nov.09, 6.41am.
Category: | Leave a comment